Menu Bar

Lemang Kijal

Deretan gerai-gerai menjual lemang ini boleh anda saksikan ketika anda melalui jalan utama di Kampung Kijal, Kemaman. Jika anda melalui jalan Kemaman - Dungun, anda akan melalui deretan-deretan gerai lemang ini di kiri dan kanan bahu jalan. Lemang ini bukan sahaja boleh di dapati pada musim perayaan tapi juga pada setiap hari biasa bermula dari waktu pagi hingga ke malam

Pada hari cuti atau musim perayaan akan kelihatan deretan kenderaan yang menunggu untuk membeli lemang