Menu Bar

Pantai Teluk Lipat

Menariknya Dungun kerana mempunyai pantai yang paling panjang di Pantai Timur dan kaya dengan khazanah laut. Salah satu pantai yang menjadi tarikan utama di Dungun ialah Pantai Teluk Lipat. Pantai ini bukan sahaja terkenal dengan keindahannya tetapi popular dengan lokasi memancing dan menjala ikan. Pantai Teluk Lipat pernah di pilih sebagai gelanggang pusingan akhir Grand Slam GP Joran 2009. Sempena Karnival Candat Santai Harian Metro 2010, penganjur telah memilih Pantai Teluk Lipat sebagai lokasi bagi pertandingan menjala ikan.


Pantainya yang berteluk mempunyai spesis ikan yang bersaiz besar dan bermutu tinggi

Pantai Teluk Lipat yang menjadi tumpuan ramai , telah menyediakan berbagai kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, garai-gerai makan dan pondok atau wakaf yang menjadi tempat beristirehat untuk melepaskan lelah