Menu Bar

#5 RUMAH BOT TASIK KENYIR - MEMANCING DI ATAS RUMAH BOT

Antara aktiviti yang kami sekeluarga nantikan ialah memancing. Selepas penat mandi air terjun, tidak membuang masa kami terus memasang joran yang dah agak tua dan uzur. Bukun uzur sebab selalu digunakan, tapi sebab jarang digunakan kerana kesempitan masa. Kekilinya pula agak ketat kecuali satu kekili yang saya beli baru... terpaksa sebab takut menyesal pergi Tasik Kenyir tak memancing. Kesemuanya ada 3 batang joran. Kami menggunakan umpan anak ikan seluang yang dikail terlebih dahulu oleh tekong bot di air terjun Lasir. Antara umpan lain yang kami gunakan ialah kelapa sawit (tak sempat peram), cacing (banyak yang mati kepanasan) dan perut ayam (yang tak berapa busuk). Saya juga menggunakan gewang atau kilat tapi takde respon. Airnya sungguh dalam. Saya anggarkan lebih 100 kaki.


Selama 2 jam mengail sehingga magrib takde sekor ikan pun yang kena. Jangan kata kene... usik pun dok. Anak-anak mula patah semangat tambah pulak penat gile lepas mandi air terjun.


Lepas waktu magrib dan makan malam, lebih separuh dari kami sudah terbungkang dan tak mimpi apa-apa pun sebab terlalu letih. Selepas pukul  9 malam barulah ada usikan manja dari ikan kat bawah tasik tu. Itu pun cium-cium umpan jer pastu senyap. Oleh kerana dah lama tak memancing saya teruskan saja semangat yang tinggal suam-suam kuku itu dan tetiba... lebih kurang pukul 11 malam ketika hampir semua penghuni bot sedang nyenyak tidur.... srapppp... salah satu kekili kami berdesing. Saya yang ketika itu sedang baring di anjung bot terkejut dan terus bangun mendapatkan joran tersebut. Ketika itu tekong bot dan anak-anak saya juga terbangun melihat apa yang berlaku. Besar... memang besar... saya tarik dan kili perlahan-lahan sebab takut putus. Setelah hampir 5 minit berlawan tetiba... kekili saya jem tak boleh nak kili (bukan kekili baru). Akhirnya saya terpaksa menarik menggunakan tangan tapi... aduh sakitnya sebab tali halus dan tajam. Saya pun meminta pertolongan tekong bot tolong tarikkan. Ketika tekong bot menarik tali itu tetiba... tussss... tali tangsi putus.  Kami pun terdiam dan memandang satu sama lain. Tak salah tekong pun sebab memang tak tau camane nak tarik tali tu. Saya tanya tekong anggaran berat ikan tersebut... katanya lebih kurang 5 kilo tapi saya  menganggarkan lebih dari 7 kilo sebab ketika menarik joran tersebut memang terasa amat berat sekali sehingga joran saya melengkong seperti bentuk U. Selepas dari itu kami semua mendapat semangat kembali untuk memancing. Kami hnaya menggunakan umpan anak seluang saja dan sehingga subuh kami mendapat lebih kurang 5 ekor ikan. Saya tanya tekong kenapa kurang ikan... katanya mungkin kerana ramai yang memancing di situ dan ikan akan memilih umpan yang terbaik saja. Memang ramai pun yang memancing di atas bot. Bayangkan di kawasan itu saja ada 7 buah bot dan anggaran sebuah bot ada 15 orang... semunya 90 0rang. Kalau separuh daripada mereka memancing, sudah ada lebih kurang 40 pemancing. Satu perkara lagi, ada 2 buah bot yang berkaraoke sehingga jam 3 pagi. Sungguh kuat dan bising maklumlah dalam hutan yang sunyi. Itu pun sedikit sebanyak menggangu ikan juga.


Pagi itu selepas sarapan saya terus memancing dan tak di sangka-sangka saya dapat menaikkan seekor ikan sebarau seberat lebih kurang 1 kilo. Itulah ikan terakhir yang kami dapat dan pukul sebelas kami pun bertolak ke Jeti untuk menamatkan pengalaman kami.


Antara ikan yang dapat kami kail dari petang hingga ke pagi... 
baung 4 ekor, sebarau i ekor dan lampam 1 ekor.

TAHUKAH ANDA...
DI SEKITAR KAWASAN TASIK DAN RUMAH BOT KAMI TIADA
SEEKOR NYAMUK PUN. INI DIAKUI SENDIRI OLEH TEKONG BOT.


PENGALAMAN PELIK KETIKA
MEMANCING DI ATAS BOT:

Pengalaman pertama:
Lebih kurang pukul 10.30 malam ketika berseorangan duduk di atas kerusi plastik di anjung bot dan ketika semua orang berada di dalam rumah bot tidur dan berehat, tiba-tiba satu kabus putih muncul di hadapan saya dalam keadaan tegak pada jarak 7 kaki dan kemudian  bergerak ke kanan saya lalu hilang dalam keadaan condong. Tinggi kabus lebih kurang 5 kaki dan lebar 4 inci. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa minit selepas saya menggunakan flash kemera yang ditujukan ke tebing tasik beberapa kali.

Pengalaman kedua: 
Lebih kurang pukul 3 pagi, semua orang sedang nyenyak tidur dan hanya saya seorang saja yang meneruskan aktiviti memancing kerana mata tidak mahu lelap. Ketika sedang baring sementara menunggu umpan disentap... tiba-tiba bunyi benda jatuh seperti batu sebesar guli tapi sangat kuat dan nyaring bunyinya betul-betul hampir di kepala saya. Oleh kerana tersangat terkejut saya bingkas bangun dan mencari benda yang jatuh tapi tidak menjumpai apa-apa. Setelah puas mencari hampir 5 minit tidak menjumpai apa-apa, saya pun sambung baring semula. Tiba-tiba 15 minit kemudian ketika masih memikirkan perkara itu, saya dikejutkan satu lagi bunyi yang sama seperti mula -mila tadi. Setelah puas mencari apa benda tersebut dan tidak menjumpai apa-apa, saya sambung baring semula tapi kali ini saya bacalah ayat-ayat apa yang patut. Alhamdulillah tiada lagi bunyi sampai ke subuh. Saya yakin apa yang saya dengar itu bukan khayalan saya kerana saya berbaring. Mungkin dia marah sebab saya flashkan muka dia dengan flash kamera. Wallahu a'lam.