Bukit yang tersergam megah menghala ke Kuala Sungai Terengganu dan Laut China Selatan menjadi saksi sejarah pembangunan bandar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik itu menjadikan perbukitan ini satu kawasan penting pada zaman dahulu sebagai pusat kawalan dan pertahanan kerajaan.
Asal nama Bukit Puteri ini tidak dapat dikesan tetapi dalam persejarahan Terengganu ada dinyatakan Bukit Puteri itu telah pun wujud sejak abad Ke-16 lagi. Ini membuktikan kepentingan tempat ini kepada Kerajaan Terengganu bagi menghadapi musuh-musuh daripada luar khususnya yang datang dari arah laut.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II (1831-1836), Sultan Muhamad I (1836-1839) dan Sultan Umar (1839-1876) Bukit Puteri telah menjadi benteng kubu peperangan saudara yang berlaku pada masa itu. Ia meliputi kawasan seluas 0.688 hektar dan tingginya lebih kurang 200 meter. Baca lagi...
Keterangan mengenai Bukit Puteri
Pintu gerbang Bukit Puteri. Di belakang pintu gerbang itu ialah kiosk menjual cenderamata
Senarai harga dan waktu lawatan Bukit Puteri
Laluan pejalan kaki yang terdapat di puncak Bukit Puteri