BUKIT PUTERI KUALA TERENGGANU

Bukit Puteri terletak di belakang Bazaar Warisan dan berhampiran Pasar Payang. Sangat mudah untuk ke sini. Kaki bukitnya terletak di belakang Bazar Warisan. Anda boleh naik ke bukit ini dari Bazar Warisan.

Bukit yang tersergam megah menghala ke Kuala Sungai Terengganu dan Laut China Selatan menjadi saksi sejarah pembangunan bandar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik itu menjadikan perbukitan ini satu kawasan penting pada zaman dahulu sebagai pusat kawalan dan pertahanan kerajaan.

Asal nama Bukit Puteri ini tidak dapat dikesan tetapi dalam persejarahan Terengganu ada dinyatakan Bukit Puteri itu telah pun wujud sejak abad Ke-16 lagi. Ini membuktikan kepentingan tempat ini kepada Kerajaan Terengganu bagi menghadapi musuh-musuh daripada luar khususnya yang datang dari arah laut.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II (1831-1836), Sultan Muhamad I (1836-1839) dan Sultan Umar (1839-1876) Bukit Puteri telah menjadi benteng kubu peperangan saudara yang berlaku pada masa itu. Ia meliputi kawasan seluas 0.688 hektar dan tingginya lebih kurang 200 meter. Baca lagi...






Keterangan mengenai Bukit Puteri


Pintu gerbang Bukit Puteri. Di belakang pintu gerbang itu ialah kiosk menjual cenderamata


Antara kiosk yang menjual cenderahati di kaki Bukit Puteri.


Senarai harga dan waktu lawatan Bukit Puteri


Laluan menuju ke Bukit Puteri.




Laluan pejalan kaki yang terdapat di puncak Bukit Puteri