Memaparkan catatan dengan label Tasik Kenyir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tasik Kenyir. Papar semua catatan

Memancing di Tasik Kenyir

Antara daya tarikan utama pengunjung datang ke Tasik Kenyir ialah aktiviti memancing. Pada setiap minggu ada saja kumpulan yang datang dari luar Terengganu termasuk Singapura datang memancing di sini. Biasanya kaki pancing ini datang berkumpulan di antara 10 hingga 15 orang untuk satu bot house. Tasik Kenyir dianggap 'syurga' kaki pancing kerana pelbagai spesies ikan sungai termasuk kelah, lampam, sebarau, baung dan tapah yang hidup bebas di tepian air terjun, jeram, lubuk dan sungai dalam tasik itu. Di Tasik Kenyir ini juga kerap diadakan pertandingan memancing. Bagi yang ingin mencari keseronokan dan cabaran, anda boleh berkunjung ke Kelah Santuari Sungai Petang, kira-kira 21km dari Pengkalan Gawi. Disini, pengunjung akan berpeluang mandi bersama ratusan ribu kelah. Lebih teruja lagi, anda dapat menangkap kelah ini dengan menggunakan tangan. Cabarannya, anda terpaksa merentas hutan kira-kira 45 minit untuk ke sana tetapi ia menjanjikan panorama yang sangat hebat.



Jeti tempat pengunjung menuju ke destinasi memancing atau bersiar-siar menaiki bot ka pulau-pulau yang berdekatan


Antara kaki pancing yang bersiap-siap ke destinasinya

Rekreasi di Tasik Kenyir

Selain dikenali sebagai syurga memancing bagi kaki pancing , Tasik Kenyir adalah tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Antara aktiviti yang kerap di adakan di tepi Tasik Kenyir ini ialah Kem Bina Semangat atau aktiviti perkhemahan pada musim cuti atau di hujung minggu. Jika anda belum pernah ke sini, datanglah jika ada kelapangan. Tasik Kenyir menjanjikan panorama yang indah dan mendamaikan.






Taman yang terdapat di Tasik Kenyir


Bot yang boleh di sewa dengan harga RM60.00 selama 30 minit mengelilingi pulau yang berdekatan


Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah gerai makan.


Kawasan perkhemahan di tepi Tasik Kenyir


Antara aktiviti di sini ialah kem bina semangat bagi
pelajar-pelajar sekolah dan penuntut-penuntut Pengajian Tinggi


Taman permainan kanak-kanak juga terdapat di sini

Tasik Kenyir, Pemgkalan Gawi

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tasik_Kenyir


Papan tanda mengarah ke Tasik Kenyir dari Kelantan


Simpang ke Tasik Kenyir dari puncak bukit Tasik Kenyir


Simpang ke Tasik Kenyir ke sebelah kiri. Jalan terus jika anda mahu ke Cameron Highland
Deretan bot yang biasa digunakan untuk membawa pelancong-pelancong terutamanya kaki-kaki pancing ke hulu sungai.


Pemandangan Tasik Kenyir dari Pengkalan Gawi



Antara resort yang kelihatan di Tasik Kenyir dari Pengkalan Gawi