Memaparkan catatan dengan label Pantai Kemasik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantai Kemasik. Papar semua catatan

Pantai Kemasik - Rekreasi




Infrstuktur dan kemudahan yang lengkap di bina bagi memastikan pengunjung tidak merasa rugi untuk singgah di sini

Batu-batu yang terbentuk di tepian pantai mengindahkan lagi pemandangan dan bagi yang sukakan aktiviti "rock climbing " mungkin boleh memenafaatkannya

Bila air pasang, tempat rehat ini akan berada di dalam air dan bila air laut surut, pondok ini kelihatan berada di atas daratan




Pantai ini bukan sahaja untuk bersantai bersama keluarga tetapi boleh juga beriadah bersama rakan-rakan sambil menikmati keropok lekor yang di jual di gerai berhampiran








Pantai Kemasik - Pantai

Pantai Kemasik terletak kira-kira 10km dari pekan Kijal. Sekiranya anda memandu dari Kemaman, anda akan melalui pekan Kijal dan seterusnya melalui Pantai Kemasik. Ada papan tanda yang menunjukkan jalan masuk ke Pantai Kemasik walaupun anda boleh menyaksikan pantai ini dari jalan utama. Pantai yang indah dengan pasir yang keemasan, air yang jernih kebiruan membuatkan hati terpaut untuk singgah di sini. Tiada lumpur mendak yang terdapat di pantai ini membuatkan ianya bersih dan indah.

Mercu tanda Pantai Kemasik di laluan utama menyenangkan para pengunjung mencari destinasi untuk persinggahan


Panorama yang indah tidak terucap dengan kata-kata membuai perasaan pengunjung menghayati pemandangannya

Pondok-pondok rehat juga di sediakan di tambah dengan tempat pejalan kaki untuk menyusuri tepian pantai

Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai ini