Memaparkan catatan dengan label Ngail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ngail. Papar semua catatan

Memancing di Tasik Kenyir

Antara daya tarikan utama pengunjung datang ke Tasik Kenyir ialah aktiviti memancing. Pada setiap minggu ada saja kumpulan yang datang dari luar Terengganu termasuk Singapura datang memancing di sini. Biasanya kaki pancing ini datang berkumpulan di antara 10 hingga 15 orang untuk satu bot house. Tasik Kenyir dianggap 'syurga' kaki pancing kerana pelbagai spesies ikan sungai termasuk kelah, lampam, sebarau, baung dan tapah yang hidup bebas di tepian air terjun, jeram, lubuk dan sungai dalam tasik itu. Di Tasik Kenyir ini juga kerap diadakan pertandingan memancing. Bagi yang ingin mencari keseronokan dan cabaran, anda boleh berkunjung ke Kelah Santuari Sungai Petang, kira-kira 21km dari Pengkalan Gawi. Disini, pengunjung akan berpeluang mandi bersama ratusan ribu kelah. Lebih teruja lagi, anda dapat menangkap kelah ini dengan menggunakan tangan. Cabarannya, anda terpaksa merentas hutan kira-kira 45 minit untuk ke sana tetapi ia menjanjikan panorama yang sangat hebat.



Jeti tempat pengunjung menuju ke destinasi memancing atau bersiar-siar menaiki bot ka pulau-pulau yang berdekatan


Antara kaki pancing yang bersiap-siap ke destinasinya

Lokasi Memancing - Pantai Teluk Ketapang

Satu lagi lokasi memancing yang sangat popular di K. Terengganu ialah pantai Teluk Ketapang yang terletak kira-kira 15 kilomter dari bandar K. Terengganu dan berhampiran dengan airport Sultan Mahmud. Pantai ini kerap diadakan pertandingan memancing. Banyak ikan di sini jika kena musimnya misalnya gelama dan pari. Untuk kaki pancing yang kebetulan datang ke K. Terengganu ini, jangan lepaskan peluang anda mencuba nasib di sini. Kalau ada rezeki mesti naik pari tetapi selain dari itu kena tengok air pasang surut. Selamat mencuba...

* Pantai ini lengang sebab gambar ini diambil pada waktu tengahari. Kaki pancing dah pergi pasar beli ikan (bukan jual ikan) untuk lauk tengahari.

Memancing di Pantai Kelulut

Ini satu lagi lokasi memancing yang terdapat di daerah Marang iaitu Pantai Kelulut yang terletak di tepi jalan utama Kuantan-Kuala Terengganu. Sama ada anda pemancing profesional atau amatur, bolehlah memancing di sini jika ada kelapangan. Jadi jika anda dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuantan, bolehlah singgah di sini sekejap melepaskan penat sambil memancing. "...jom singgah terengganu..."




MEMANCING DI LAGUN KUALA IBAI

Satu lagi tempat untuk memancing ialah di tepi sungai Ibai. Ia terletak di hujung taman di dalam kawasan Masjid Terapung. Sambil berkelah atau bersantai di hujung minggu bersama keluarga, anda boleh memancing di tepi sungai ini. Ia amat selesa dan teduh dari panas mentari. Jadi jika anda berada di Terengganu, jangan lepskan peluang memancing di sini.

Memancing di Pantai Pandak

Anda minat memancing? Ini satu lagi tempat memancing yang agak popular di Kuala Terengganu. Biasanya mereka memancing pada awal pagi dan lewat petang. Teknik yang paling sesuai memancing di sini ialah cara gewang iaitu umpan tiruan atau rapala. Saya pernah melihat seorang pemancing (orang lama) mendapat 4 ekor ikan sebesar tapak tangan dalam masa 30 minit - waktu pukul 9.00 pagi (lepas tu saya balik). Warna rapala yang digunakan ialah kekuningan. Lokasi di atas batu inilah ia memancing. Walaubagaimana pun memancing bergantung atas rezeki dan kena tahu air pasang surut. Selamat mencuba...

Pertandingan Memancing Pantai Batu Burok

Petang semalam on the way nak pergi bandar, saja lalu kat batu burok. Terkejut tengok ramai orang. Tak tahulah pula ada pertandingan memancing. Tak nampak ada banner kat mane-mane. Tapi memang ramai orang. Penuh sepanjang pantai. Sungguh meriah. Orang luar pun ramai dari mendengar percakapan mereka. Saya rasa inilah salah satu cara promosi terbaik untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara datang ke Negeri Terengganu ini. Jika boleh adakan sekerap yang mungkin dan di tempat yang boleh menjana ekonomi tempatan. Selamat memancing!

"Pertandingan memancing ini belum tamat lagi ketika gambar ini diambil. Oleh kerana saya ada urusan lain, maka saya tidak tahu siapa pemenangnya"


Antara tangkapan ikan oleh pemancing





Memancing di tebing Sungai Terengganu

Anda minat memancing? Selain terkenal dengan tempat bersantai dan aktiviti pertunjukan pentas, di tebing sungai Dataran Shah Bandar juga sentiasa di kunjungi oleh kaki-kaki pancing yang memancing dari pagi hingga lewat malam. Kalau anda lapar atau dahaga, jangan risau, panjat aje tembok tu dan jamulah selera di gerai sebelah tu. Dengar cerita banyak juga ikan di sini dan boleh tahan juga saisnya. Oleh itu jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu, jangan lupa bawa joran dan memancing di sini. Sekadar mencelah masa