Memaparkan catatan dengan label Sekayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekayu. Papar semua catatan

Taman Orkid Sekayu

Satu lagi antara daya tarikan air terjun Sekayu ialah Taman Orkid. Taman ini terletak berdekatan dengan Taman Herba Hutan dan tidak jauh dari pintu masuk air terjun Sekayu. Pelbagai jenis orkid terdapat di sini. Jika anda peminat orkid, jangan lepaskan peluang berkunjung ke taman ini.



Orkid-orkid yang ada di sini adalah dari pelbagai spesis yang jarang di temui begitu menarik perhatian pengunjung khususunya bagi pengunjung wanita



Taman Herba Sekayu

Selain datang ke air terjun Sekayu ini untuk berkelah, anda juga dapat melihat Taman Herba Hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok herba pelbagai jenis. Berkunjung ke sini memberi anda pengetahuan tentang pokok-pokok hutan yang boleh di jadikan ubat. Pokok-pokok herba ini ada yang telah di komesialkan untuk di jadikan ubatan-ubatan tradisional Jika anda peminat pokok herba, tidak rugi jika anda datang ke sini. Tetapi saya tidak pasti pokok herba ini untuk di jual atau tidak. Berada di Taman Herba ini juga agak mendamaikan kerana susunan pokok-pokok herba serta hiasan tamannya yang menarik untuk pandangan mata.


Pintu masuk ke Taman Herba Hutan. Masuk percuma


Antara lanskap yang terdapat di taman ini. Sangat menarik dan memukau macam berada kat luar negara




Chalet di air terjun Sekayu

Di air terjun Sekayu juga ada disediakan chalet untuk pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam di sini. Ada sebanyak 25 buah chalet semuanya. Selain chalet, tapak perkhemahan juga disediakan. Harga chalet saya tak berapa pasti tapi lingkungan RM 50.00 agaknya dan kawasan perkhemhan RM 2.00 satu khemah.






Anda boleh hubungi nombor di atas jika ingin menyewa chalet ini


Tapak perkhemahan yang terletak tidak berapa jauh dari chalet di atas.





Ini salah satu lagi chalet yang terdapat di sini. Kesemua chalet yang ada di sini terletak tidak jauh dari pintu masuk ke air terjun.

Air Terjun Sekayu

HUTAN LIPUR SEKAYU / AIR TERJUN SEKAYU

Hutan lipur sekayu atau lebih dikenali juga dengan air terjun sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan hulu terengganu tambahan. Ianya berada di dalam daerah hulu terengganu, 16 kilometer dari pekan kuala berang dan 56 kilometer dari bandar kuala terengganu. Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesis tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi.

Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah apabila mereka datang berkunjung ke sini.

http://mdht.terengganu.gov.my/web/guest/hutanlipursekayu

Masuk ke kiri jika anda dari K. Terengganu apabila sampai ke persimpangan ini


Pintu gerbang masuk ke Air Terjun Sekayu dan ke Taman Pertanian. Bayaran masuk ialah RM1.00 untuk sebuah kereta. Motosikal adalah percuma


Antara gerai menjual makanan yang terdapat di dalam kawasan Air Terjun Sekayu (di bahagian luar air terjun)


Pintu gerbang ke Air Terjun Sekayu


Papan tanda info Air Terjun Sekayu


Jalan tar ke Air Terjun Sekayu. Anda boleh menggunakan troli untuk membawa barang-barang anda. Jika anda menyewa chalet di sini anda boleh membawa masuk kereta terus ke chalet anda.


Jambatan gantung antara tarikan di sini














Mandi di Kolam Tema Taman Pertanian Sekayu

Selain makan angin melihat pokok-pokok bunga dan keindahan panorama, anda juga boleh mandi-manda di kolam tema di sini. Ia amat sesuai untuk berkunjung bersama keluarga terutamanya kanak-kanak. Jadi jangan lepaskan peluang anda berkunjung dan berkelah ke sini jika kebetulan datang ke Terengganu.

Info kolam tema



KKolam yang besar dan luas ini amat sesuai untuk kanak-kanak tetapi ibubapa tidak boleh terlepas pandang kerana walaupun cetek ia masih boleh mengundang bahaya

Gelongsor air yang terdapat di sini memang menjadi kegemaran kanak-kanak.

Taman Pertanian Sekayu

Taman Pertanian Sekayu terletak berhampiran dengan air terjun Sekayu. Taman pertanian ini amat luas dan anda boleh memandu untuk melawat di dalam taman ini. Ia amat sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Pelbagai aktiviti selalu diadakan di sini seperti menyambut hari sekeluarga, mandi-manda, perkhemahan dan lain-lain lagi. Setiap minggu taman ini sentiasa dikunjungi dengan ratusan pengunjung.

Keratan Akhbar
:
Hulu Terengganu – Sejak dibangunkan kira-kira 25 tahun lalu oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Taman Pertanian Sekayu (TPS) di Hulu Terengganu menjadi taman agro tumpuan penduduk Terengganu dan pelancong luar. Dengan keluasan kira-kira 85 hektar, pengunjung disajikan dengan pelbagai spesis bunga di taman bunga, kolam mandi, taman burung, tasik buatan untuk memancing dan berkayak, taman perikanan dan taman herba. Selain dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak di kaki bukit, terdapat juga beberapa kawasan yang sesuai dijadikan tempat berkelah atau berkhemah berhampiran anak sungai. Berhampiran taman perikanan, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan seperti rusa dan arnab. (Sumber : Harian Metro)


Pintu masuk ke Taman Pertanian


Informasi jadual masuk ke Taman Pertanian Sekayu


Mercu tanda replika buah-buahan di bulatan di dalam Taman Pertaniah



Chalet dan rumah rehat yang terdapat di Taman Pertanian



Antara binatang peliharaan yang boleh dilihat di sini iaitu burung unta.


Taman pokok buah naga juga ada di sini


Pemandangan di sekitar Taman Pertanian