Taman Pertanian Sekayu

Taman Pertanian Sekayu terletak berhampiran dengan air terjun Sekayu. Taman pertanian ini amat luas dan anda boleh memandu untuk melawat di dalam taman ini. Ia amat sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Pelbagai aktiviti selalu diadakan di sini seperti menyambut hari sekeluarga, mandi-manda, perkhemahan dan lain-lain lagi. Setiap minggu taman ini sentiasa dikunjungi dengan ratusan pengunjung.

Keratan Akhbar
:
Hulu Terengganu – Sejak dibangunkan kira-kira 25 tahun lalu oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Taman Pertanian Sekayu (TPS) di Hulu Terengganu menjadi taman agro tumpuan penduduk Terengganu dan pelancong luar. Dengan keluasan kira-kira 85 hektar, pengunjung disajikan dengan pelbagai spesis bunga di taman bunga, kolam mandi, taman burung, tasik buatan untuk memancing dan berkayak, taman perikanan dan taman herba. Selain dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak di kaki bukit, terdapat juga beberapa kawasan yang sesuai dijadikan tempat berkelah atau berkhemah berhampiran anak sungai. Berhampiran taman perikanan, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan seperti rusa dan arnab. (Sumber : Harian Metro)


Pintu masuk ke Taman Pertanian


Informasi jadual masuk ke Taman Pertanian Sekayu


Mercu tanda replika buah-buahan di bulatan di dalam Taman Pertaniah



Chalet dan rumah rehat yang terdapat di Taman Pertanian



Antara binatang peliharaan yang boleh dilihat di sini iaitu burung unta.


Taman pokok buah naga juga ada di sini


Pemandangan di sekitar Taman Pertanian