Memaparkan catatan dengan label Pantai Teluk Ketapang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantai Teluk Ketapang. Papar semua catatan

Lokasi Memancing - Pantai Teluk Ketapang

Satu lagi lokasi memancing yang sangat popular di K. Terengganu ialah pantai Teluk Ketapang yang terletak kira-kira 15 kilomter dari bandar K. Terengganu dan berhampiran dengan airport Sultan Mahmud. Pantai ini kerap diadakan pertandingan memancing. Banyak ikan di sini jika kena musimnya misalnya gelama dan pari. Untuk kaki pancing yang kebetulan datang ke K. Terengganu ini, jangan lepaskan peluang anda mencuba nasib di sini. Kalau ada rezeki mesti naik pari tetapi selain dari itu kena tengok air pasang surut. Selamat mencuba...

* Pantai ini lengang sebab gambar ini diambil pada waktu tengahari. Kaki pancing dah pergi pasar beli ikan (bukan jual ikan) untuk lauk tengahari.

Pantai Teluk Ketapang

Satu lagi destinasi yang sangat popular bagi pengunjung tempatan untuk berekreasi bersama keluarga ialah pantai Teluk Ketapang. Jauhnya lebih kurang 15 kilometer dari bandar K. Terengganu dan berhampiran dengan lapangan terbang Sultan Mahmud. Pantainya yang bersih, luas dan cantik memukau mata memandang. Pantai ini bukan saja menjadi tempat berkelah seisi keluarga malah ia juga adalah tempat kaki pancing. Biasanya pantai ini ramai pengunjung ialah pada waktu petang dan lebih ramai lagi pada waktu hujung minggu. Jadi, jika anda kebetulan berada di K. Terengganu, jangan lupa singgah di sini. Di sini juga ada chalet untuk disewa. "...jom singgah Terengganu..."

* Pantai ini nampak lengang kerana gambar ini di ambil pada waktu tengahari.


Disini banyak pokok teduhan dari panas mentari.


Antara wakaf (pondok) yang terdapat disini


Terdapat juga taman mainan kanak-kanak


Gerai makan juga banyak terdapat di sini



Kelihatan sayup di kejauhan ialah landasan lapangan terbang Sultan Mahmud yang mengunjur ke laut.