Memaparkan catatan dengan label Pulau Duyong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Duyong. Papar semua catatan

Pulau Duyong

Pulau Duyong terletak kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar. Di sinilah tempat berlangsungnya Monsun Cup setiap tahun. Pulau duyong sebenarnya terletak hanya di seberang sungai Terengganu dari bandar Kuala Terengganu. Jika anda berada di Wateforont atau di sepanjang tepi sungai bandar Kuala Terengganu, anda akan dapat melihat Pulau Duyong ini. Di sini juga terdapat perusahaan membuat bot kayu dan kapal layar tradisional sejak turun-temurun. Aktiviti ini sudah terkenal di kebanyakan negara.

Gerbang pintu masuk ke Pulau Duyong


Bukit Besar antara mercu tanda yang kelihatan dari Pulau Duyong


Tempat berlabuhnya perahu layar ketika monsun cup


Hotel Felfa dan Waterfront kelihatan di kejauhan


Bandaraya Kuala Terengganu dilihat dari Pulau Duyong


Kota Duyong

Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar. Jika anda memandu dari bandar K. Terengganu menghala ke Kota Baharu, ikut susur keluar sebelah kiri selepas berada di hujung jambatan Sultan Mahmud. Jika dari Kota Baharu, ikut susur keluar sebelah kiri sebelum melepasi jambatan Sultan Mahmud.

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu, Malaysia. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. Suatu kawasan pendapan baru telah dimajukan menjadi Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar tahunan Piala Monsun.

Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong[1] (1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama. Kota Lama Duyong[2] ialah peninggalan zaman itu. Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.


sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Duyong



\