Memaparkan catatan dengan label Zoo Kemaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zoo Kemaman. Papar semua catatan

Zoo 10 - Tiong Mas

Salah satu tarikan di tepi pintu masuk utama Mini zoo ini ialah Tiong Emas yang pandai berkata-kata. Tiong ini siap bersiul-siul lagi sambil mengucap salam.

Banyak juga perkataan yang dapat di ajuk oleh burung Tiong Emas ini. Sekali dengar macam suara manusia pun ada..


Berbagai spesis burung yang cantik dan menarik yang terdapat dalam sangkar di laluan masuk ke dalam zoo


Zoo 9 - Taman Tema Air

Sewaktu kami datang melawat ke Mini Zoo ini ,Taman Tema Air telah siap di bina tetapi belum di buka lagi untuk para pengunjung. Nampak macam gerun juga ni sebab gelongsor ni melingkar kat celah-celah pokok, tapi kalau yang gemarkan cabaran, aktiviti inilah yang mereka tunggu-tuinggu.




Berapa ketinggian dan panjangnya gelongsor air ini tak sempat nak cari maklumat. Kalau dah di rasmikan pembukaannya ,bolehlah datang beramai-ramai merasai cabaran menggelongsor kat celah-celah pokok



Kalau tak berani nak naik gelongsor tu, duduk tunggu kat pondok ni cukuplah...

Zoo 8 - Taman Orkid

Bagi penggemar pokok-pokok orkid, di sini anda boleh menyaksikan pelbagai jenis pokok orkid yang jarang- jarang di temui lebih-lebih lagi spesis orkid hutan

Bersebelahan taman orkid pula terdapat taman buaya yang menempatkan beberapa spesis anak-anak buaya umpamanya buaya tembaga



Zoo 7 - Taman Burung

Pokok bonsai yang sentiasa menanti kunjungan anda ke taman burung ini

Burung- burung yang di tempatkan di sini terdiri daripada spesis burung-burung yang jarang di temui dan semakin pupus


Zoo 6 - Rusa

Menaiki jambatan gantung iaitu laluan di atas kanopi pokok sepanjang 1.2km memang menyeronokkan tetapi kadangkala menggerunkan kerana kita berada lebih 20 kaki dari atas pokok.



Berjalan di atas jambatan gantung di tengah rimba sambil di temani nyanyian unggas sungguh menyeronokkan

Hati-hati dik, nanti tak pasal-pasal jatuh dalam kandang rusa

Dari atas jambatan gantung ini, kita boleh melihat pelbagai spesis rusa yang tersenyum malu di celah-celah pokok. Kalau nak tengok rusa ni, kena intai betul-betul kerana warnanya yang menyerupai batang pokok menyukarkan kita untuk mengenalpasti di mana rusa berada

Zoo 5 - Ular Sawa - Beruang




Ular sawa ini akan tidur pada waktu siang dan berjaga pada malam hari. Ayam tu pulak, menunggu masa untuk menjadi mangsa ular sawa. Bersabarlah kau ayam mengucap banyak- banyak.....

Bermacam spesis ular sawa yang ada kat kandang ni, tapi di sebabkan ular ni tengah tidur tak dapatlah nak tengok dia bergerak.


Sepasang beruang ni agaknya sedang mencari-cari kat mana pintu keluar untuk melepaskan diri.

Seronoknya tengok memerang ini bergurau senda dan berenang dalam kolam kandangnya



Zoo 4 - Kolam Mandi - Taman Mainan


Jangan lupa bawa duit lebih kerana nak mandi kat kolam ini kena bayaran tapi tak de lah mahal sangat dan kauinter tiket untuk masuk ke kolam ini ada kat depan kolam tu.

Kolam mandi yang di sediakan di sini adalah salah satu tarikan yang memikat hati pengunjung lebih-lebih lagi kanak-kanak

Budak-budak ni teringin nak mandi tapi baju bashan tak bawa. Takkan nak terjun dengan baju kurung kot.....


Bagi yang tidak minat mandi kolam, taman permainan juga di sediakan berhadapan dengan kolam mandi. Taman mainan ni tak payak bayar.


Zoo 3 - Harimau

Mendaki untuk menaiki jambatan gantung agak memenatkan juga tetapi persaan teruja untuk melihat binatang dari tempat tinggi menghilang rasa keletihan itu

Melihat kandang harimau dari atas jambatan gantung

Jangan di usik Pak Belang, nanti ada nyawa yang melayang


Kalau bab turun laju aje tak tunggu - tunggu lagi

Menyusuri pejalan kaki sambil melihat binatang-binatang yang sedang berehat dalam kandang. Uniknya dinding penghadang kandang binatang ini di bina dari kaca

Apa hal Pak Belang ni, asyik tidur je, penat beno ke ?

Zoo 2 - Ikan Arapaima

Ikan Naga atau nama santifiknya Arapaima Gigas adalah ikan yang di katakan berasal dari Sungai Amazon. Sisiknya yang keemasan memberi gambaran seolah-olah seperti kulit naga. Ikan ini baru-baru ini telah menjadi satu fenomena kepada kaki pancing kerana Rm 10,000 akan di hadiahkan kepada sesiapa yang dapat menangkap hidup-hidup Ikan Naga ini di Tasik Kenyir. Meskipun ikan ini tidak menyerang manusia, tetapi menjadi ikan lain sebagai makanan akan membuatkan spesis ikan yang banyak hidup di Tasik Kenyir akan berkurangan.

Akuarium besar yang menempatkan dua ekor Arapaima Gigas



Ikan ini tidak di benarkan di pelihara oleh orang perseorangan atau di tangkap tanpa kebenaran


Sisiknya yang berwarna keemasan dan bentuknya yang panjang membuat ia seperti seekor naga yang menjadi mitos orang dulu-dulu