Memaparkan catatan dengan label Bas Pelancungan Bandar KT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bas Pelancungan Bandar KT. Papar semua catatan

BAS PELANCUNGAN BANDAR KUALA TERENGGANU LALUAN C-02

Satu lagi laluan bas bandar ialah C-02 iaitu dari Syahbandar ke Cendering dan balik. Tambang sehala ialah RM1.00. Banyak tempat-tempat menarik di laluan bas ini kerana bas ini adalah khusus untuk anda melihat sekitar Kuala Terengganu. Gambar yang saya ambil ini adalah turutan di sepanjang laluan dari dalam bas bandar yang sedang bergerak ini. Jadi jika anda mengunjungi Kuala Terengganu, jangan lupa naik bas ini. Bas ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan pergi dan balik. 




 Rekabentuk dan hiasan dalaman bas bandar. Kelihatan 2 orang pelancung wanita dari Jepun. Bas baru bergerak dari permulaan destinasinya.


 Bas ini akan bergerak di dalam bandar KT sebelum menuju ke pinggir bandar. Hotel ini terletak di Jalan Tok Lam.


 Pelancung tempatan dan orang awam juga tidak melepaskan peluang menaiki bas ini.


 Juga kelihatan pelancung dari barat


 Hospital Sultanah Nur Zaharah.


 Taman Awam Batu Burok - Taman rekreasi


 Lagun Kuala Ibai


 Bas berpatah balik balik di Masjid Tengku Tengah Zaharah


Pemandangan Sungai Ibai ketika air surut.


Kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu. Seri Iman


Kraftangan Malaysia


Bulatan Ladang atau bulatan Batu Bersuarat. Dulu dikenali dengan nama bulatan Penyu.


Noor Arfa Batik yang kelihatan dari atas jambatan Kuala Ibai


 Ibu Pejabat Balai Polis Kuala Terengganu


 Stesen Bas Ekpres Kuala Terengganu


 Pasar Payang


Masjid Putih


BAS PELANCUNGAN BANDAR KUALA TERENGGANU LALUAN C-03

Jika anda berkunjung ke Bandar K. Terengganu, jangan lupa luangkan masa menaiki bas bandar. Bas ini ada 3 laluan iaitu C-01, C-02 dan C-03. Walaupun ia bas awam tetapi ia lebih kepada konsep bas pelancongan. Ia bermula dari Dataran Syahbandar kemudian melalui dalam kawasan bandar kemudian terus ke destinasinya. Laluan C-03 menuju ke UMT dan UDM di Gong Badak. Ia mengambil masa 1 jam pergi dan balik. Tambang RM2.00 sehala. Selamat makan angin. Maklumat seterusnya...




Rupa bentuk bas bandar dari hadapan


Waktu perjalanan bas bandar


Petunjuk laluan bas bandar


Antara penumpang-penumpang yang menaiki bas bandar termasuk pelancong asing. Tempat duduknya juga unik dan menarik.


Ukiran kayu dan siling kain batik adalah seni yang terdapat di dalam bas




Antara laluan bas C-03 ialah sungai Terengganu
Lain-lain laluan bas ini ialah UNISZA (dulu KUSZA) dan juga UMT