Memaparkan catatan dengan label Rumah Bot Tasik Kenyir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Bot Tasik Kenyir. Papar semua catatan

#6 RUMAH BOT TASIK KENYIR - PEMANDANGAN

Ini adalah beberapa pemandangan yang menarik yang sempat saya rakamkan di sepanjang perjalanan dari jeti Jenagor ke Air Terjun Lasir yang mengambil masa satu setengah jam.




















#5 RUMAH BOT TASIK KENYIR - MEMANCING DI ATAS RUMAH BOT

Antara aktiviti yang kami sekeluarga nantikan ialah memancing. Selepas penat mandi air terjun, tidak membuang masa kami terus memasang joran yang dah agak tua dan uzur. Bukun uzur sebab selalu digunakan, tapi sebab jarang digunakan kerana kesempitan masa. Kekilinya pula agak ketat kecuali satu kekili yang saya beli baru... terpaksa sebab takut menyesal pergi Tasik Kenyir tak memancing. Kesemuanya ada 3 batang joran. Kami menggunakan umpan anak ikan seluang yang dikail terlebih dahulu oleh tekong bot di air terjun Lasir. Antara umpan lain yang kami gunakan ialah kelapa sawit (tak sempat peram), cacing (banyak yang mati kepanasan) dan perut ayam (yang tak berapa busuk). Saya juga menggunakan gewang atau kilat tapi takde respon. Airnya sungguh dalam. Saya anggarkan lebih 100 kaki.


Selama 2 jam mengail sehingga magrib takde sekor ikan pun yang kena. Jangan kata kene... usik pun dok. Anak-anak mula patah semangat tambah pulak penat gile lepas mandi air terjun.


Lepas waktu magrib dan makan malam, lebih separuh dari kami sudah terbungkang dan tak mimpi apa-apa pun sebab terlalu letih. Selepas pukul  9 malam barulah ada usikan manja dari ikan kat bawah tasik tu. Itu pun cium-cium umpan jer pastu senyap. Oleh kerana dah lama tak memancing saya teruskan saja semangat yang tinggal suam-suam kuku itu dan tetiba... lebih kurang pukul 11 malam ketika hampir semua penghuni bot sedang nyenyak tidur.... srapppp... salah satu kekili kami berdesing. Saya yang ketika itu sedang baring di anjung bot terkejut dan terus bangun mendapatkan joran tersebut. Ketika itu tekong bot dan anak-anak saya juga terbangun melihat apa yang berlaku. Besar... memang besar... saya tarik dan kili perlahan-lahan sebab takut putus. Setelah hampir 5 minit berlawan tetiba... kekili saya jem tak boleh nak kili (bukan kekili baru). Akhirnya saya terpaksa menarik menggunakan tangan tapi... aduh sakitnya sebab tali halus dan tajam. Saya pun meminta pertolongan tekong bot tolong tarikkan. Ketika tekong bot menarik tali itu tetiba... tussss... tali tangsi putus.  Kami pun terdiam dan memandang satu sama lain. Tak salah tekong pun sebab memang tak tau camane nak tarik tali tu. Saya tanya tekong anggaran berat ikan tersebut... katanya lebih kurang 5 kilo tapi saya  menganggarkan lebih dari 7 kilo sebab ketika menarik joran tersebut memang terasa amat berat sekali sehingga joran saya melengkong seperti bentuk U. Selepas dari itu kami semua mendapat semangat kembali untuk memancing. Kami hnaya menggunakan umpan anak seluang saja dan sehingga subuh kami mendapat lebih kurang 5 ekor ikan. Saya tanya tekong kenapa kurang ikan... katanya mungkin kerana ramai yang memancing di situ dan ikan akan memilih umpan yang terbaik saja. Memang ramai pun yang memancing di atas bot. Bayangkan di kawasan itu saja ada 7 buah bot dan anggaran sebuah bot ada 15 orang... semunya 90 0rang. Kalau separuh daripada mereka memancing, sudah ada lebih kurang 40 pemancing. Satu perkara lagi, ada 2 buah bot yang berkaraoke sehingga jam 3 pagi. Sungguh kuat dan bising maklumlah dalam hutan yang sunyi. Itu pun sedikit sebanyak menggangu ikan juga.


Pagi itu selepas sarapan saya terus memancing dan tak di sangka-sangka saya dapat menaikkan seekor ikan sebarau seberat lebih kurang 1 kilo. Itulah ikan terakhir yang kami dapat dan pukul sebelas kami pun bertolak ke Jeti untuk menamatkan pengalaman kami.


Antara ikan yang dapat kami kail dari petang hingga ke pagi... 
baung 4 ekor, sebarau i ekor dan lampam 1 ekor.

TAHUKAH ANDA...
DI SEKITAR KAWASAN TASIK DAN RUMAH BOT KAMI TIADA
SEEKOR NYAMUK PUN. INI DIAKUI SENDIRI OLEH TEKONG BOT.


PENGALAMAN PELIK KETIKA
MEMANCING DI ATAS BOT:

Pengalaman pertama:
Lebih kurang pukul 10.30 malam ketika berseorangan duduk di atas kerusi plastik di anjung bot dan ketika semua orang berada di dalam rumah bot tidur dan berehat, tiba-tiba satu kabus putih muncul di hadapan saya dalam keadaan tegak pada jarak 7 kaki dan kemudian  bergerak ke kanan saya lalu hilang dalam keadaan condong. Tinggi kabus lebih kurang 5 kaki dan lebar 4 inci. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa minit selepas saya menggunakan flash kemera yang ditujukan ke tebing tasik beberapa kali.

Pengalaman kedua: 
Lebih kurang pukul 3 pagi, semua orang sedang nyenyak tidur dan hanya saya seorang saja yang meneruskan aktiviti memancing kerana mata tidak mahu lelap. Ketika sedang baring sementara menunggu umpan disentap... tiba-tiba bunyi benda jatuh seperti batu sebesar guli tapi sangat kuat dan nyaring bunyinya betul-betul hampir di kepala saya. Oleh kerana tersangat terkejut saya bingkas bangun dan mencari benda yang jatuh tapi tidak menjumpai apa-apa. Setelah puas mencari hampir 5 minit tidak menjumpai apa-apa, saya pun sambung baring semula. Tiba-tiba 15 minit kemudian ketika masih memikirkan perkara itu, saya dikejutkan satu lagi bunyi yang sama seperti mula -mila tadi. Setelah puas mencari apa benda tersebut dan tidak menjumpai apa-apa, saya sambung baring semula tapi kali ini saya bacalah ayat-ayat apa yang patut. Alhamdulillah tiada lagi bunyi sampai ke subuh. Saya yakin apa yang saya dengar itu bukan khayalan saya kerana saya berbaring. Mungkin dia marah sebab saya flashkan muka dia dengan flash kamera. Wallahu a'lam.

#4 RUMAH BOT TASIK KENYIR - JENIS-JENIS RUMAH BOT

Antara beberapa jenis rumah bot yang sempat saya rakamkam.



Rumah bot ini ada karaoke



















#3 RUMAH BOT TASIK KENYIR - AIR TERJUN LASIR

Sampai saja kami di Jeti Air Terjun Lasir pukul 11.30, kami pun terus pergi mandi di air terjun yang jaraknya lebih kurang 70 meter dari jeti tetapi cukup memenatkan sebab kena panjat tangga batu dan kayu yang tinggi dan curam. Kira-kira macam jungle tracking jugaklah. Tetapi dari segi keselamatannya agak terjamin. Memang kolam air terjun ni luas, dalam dan tersangatlah sejuknya macam mandi dalam air batu. Saya beberapa kali mengalami kejang otot yang saya tidak pernah alami mandi air terjun di tempat lain.

Kelihatan air terjun Lasir dari kejauhan


Kolam air terjun yang luas dan dalam. Airnya jernih kebiruan.
Jambatan gantung ini juga disediakan untuk pengunjung menikmati alam flora dan fauna.


Pandangan air terjun dari dekat.


Sebahagian dari keluarga bersiap sedia untuk berendam di dalam air batu


Yang tengah tersengih tu isteri saya.


PERHATIAN: Kami dinasihatkan oleh dreba bot untuk menggunakan jaket keselamatan ketika mandi di dini. Saya rasa patut pun menggunakan jaket ni sebab i. Airnya yang dalam ii. Airnya yang terlalu sejuk boleh menyebabkan kejang otot iii. Dengan menggunakan jakrt ini anda boleh berada di dalam air yang agak lama sebab sentiasa terapung.


Nampak tak 2 ketul batu besar di dalam air tu...
Jika anda berdiri di atasnya, permukaan air tu sebenarnya hingga ke paras dada.


Dua orang anak saya. Yang baju hitam tu abangnya sedang memikirkan camana nak tangkap ikan dalam air tu... adiknya pula sedang menyelam mencari ikan. Lihatlah betapa dalam dan jernihnya air tu...


Jambatan gantung merentasi kolam air terjun...


Pondok juga disediakan untuk bersantai...


Dua orang drebar bot kami yang sedang memancing anak ikan tengas untuk di jadikan umpan memancing kami. Mereka menggunakan roti untuk mengail anak ikan tengas ini dan berjaya menagkap 30 ekor semuanya. Daripada salah seekor anak ikan tengas inilah saya dapat menaikkan seekor ikan sebarau seberat 700gm dari atas bot kami.

#2 RUMAH BOT TASIK KENYIR - AKTIVITI ATAS BOT

Sampai sahaja di jeti Air Terjun Lasir, kami terus masak untuk menyediakan
masakan tengahari bimbang tak sempat sebab kami semua nak pergi mandi di air terjun.

 Bahagian dapur yang luas dan agak selesa tetapi hanya ada satu tungku.
Jadi waktu nak masak nasi dan lauk mengambil masa
agak lama maklumlah nak masak untuk 16 orang.


Rumah bot kami parkir di jeti tempat rehat


Bahagian belakang rumah bot kami


Bahagian atas rumah bot. Khas untuk tempat tidur.
Tilam dan bantal disediakan sepenuhnya.


Bahagian bawah rumah bot. Bahagian ini hanya digunakan oleh
drebar bot dan pembantunya sahaja. Ni yang rasa agak rugi sikit.



Bahagian hadapan bot dan sisi sebelah kanan bot yang agak luas dan selesa. Tempat yang bertanda merah inilah saya terjatuh sebab sekeping papan lantai itu patah sebab reput dan kaki saya terjelus ke dalam air sewaktu dalam perjalan balik. Mujur tak jatuh dalam air dan hanyut dalam tasik.



 Nek Mi dan Atok sedang memotong kek hari jadi Nek Mi



 Beratur tunggu giliran nak dapat bahagian kek

#1 RUMAH BOT TASIK KENYIR - PERJALANAN

Pada 15/3/2013 bersamaan  hari Jumaat yang lalu, kami sekeluarga (empat keluarga semuanya seramai 16 orang termasuk anak-anak saudara) telah bercuti ke Tasik Kenyir sempena hari jadi Nek Mi (panggilan cucu-cucunya) selama 2 hari 1 malam di dalam rumah bot. Nek Mi yang sponsor menyewa rumah bot, kami yang lain-lain hanya keluar modal berkongsi menyediakan makanan mentah sahaja untuk dimasak di dalam rumah bot.

Rumah bot ini kami booking 3 minggu lebih awal. Oleh kerana ini adalah kali pertama kami semua bercuti di dalam rumah bot (saya kali ke 3) jadi Nek Mi menyewa rumah bot yang murah sahaja takut tak berbaloi, maklumlah ramai anak-anak kecil yang ikut serta jadi takut mereka menjadi puas atau jemu. rumah bot ini disewa dengan harga RM800.00 sahaja dan saya rasa antara rumah bot yang termurah tetapi kami semua sepakat mengatakan tidak berapa selesa dengan rumah bot ini kerana agak usang dan tingkat bawah rumah bot khas untuk tekong sahaja. Ditambah pula tekong dan pembantunya yang kurang mesra walaupun baik. Walaubagaimana pun, kami semua sangat puas hati dan teruja malah ada rancangan pula untuk becuti sekali lagi di rumah bot Tasik Kenyir.

Berkemas-kemas sebelum bertolak ke Tasik Kenyir

Selepas subuh, mereka semua berkumpul di rumah saya. Isteri saya bangun lebih awal untuk menyediakan lauk untuk makan tengahari kerana bimbang tak sempat nak masak di dalam rumah bot. Maklumlah ramai sangat. Pukul 8 pagi kami pun bertolak ke Tasik Kenyir yang jaraknya lebih kurang 45km dari rumah saya di Bukit Payong, Marang yang mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Jeti Empangan Jenagor. Ada 2 jeti berlepas di Tasik kenyir. i. Empangan Jenagor dan ii. Pengkalan Gawi.

Sampai di Empangan Jenagor, kami semua dikehendaki mendaftarkan diri di pos kawalan dengan memberikan IC untuk direkodkan oleh polis bantuan TNB. Kawasan ini adalah dilarang untuk mengambil gambar. Sementara menunggu nama kami direkodkan yang mengambil masa 20 minit, kami melihat-lihat pemandangan yang menakjubkan empangan Kenyir dari bawah. Saya sempat mengambil gambar menggunakan handphone. Sedang kami asyik melihat pemandangan di empangan tersebut, kami nampak seorang petugas TNB telah mencangkuk naik seekor ikan Patin seberat 3kg ke atas darat dari tebing sungai berhampiran empangan. Mungkin sudah menjadi rezeki kami, saya menawarkan untuk membeli ikan tersebut dan dia bersetuju untuk menjualnya dengan harga RM15.00. Menurut staff TNB tersebut, ikan itu cedera dan mabuk kerana jatuh dari empangan. Menurutnya lagi, memang banyak ikan yang jatuh dari empangan tersebut kalau air pasang.

Gambar dimana ikan itu di kait
(Perhatian: Klik semua gambar untuk 2X zoom)


Ikan Patin seberat 3 kg yang jatuh dari empangan

Dari pos kawalan kami semua menuju ke puncak bukit hingga ke tangga jeti dan memunggah turun semua barang dari kereta. Kemudian kereta tersebut (3 buah) dibawa turun semula ke pos kawalan untuk parkir di situ dengan bayaran RM5.00 sehari untuk sebuah. Kemudian ketiga-tiga pemandu dibawa naik semula ke tangga jeti oleh wakil tuan punya rumah bot.

Memunggah barang di tangga jeti


Sementara menunggu rumah bot tiba


Bertolak ke Air Terjun Lasir pukul 9.45 pagi


Dalam perjalanan menuju destinasi



Duduk di depan bot sambil menghirup udara segar
dan menikmati pemandangan yang indah ciptaan tuhan




sekali-sekala nak posing gok...
asyik ambil gambar orang je.. hehh

 Beberapa buah bot menghampiri jeti Air Terjun Lasir.
Ada 7 buah bot semuanya.


Sampai di Air terjun Lasir pukul 11.15 pagi,
Lebih kurang 1 jam 30 min perjalanan dari jeti empangan