Pada 15/3/2013 bersamaan hari Jumaat yang lalu, kami sekeluarga (empat keluarga semuanya seramai 16 orang termasuk anak-anak saudara) telah bercuti ke Tasik Kenyir sempena hari jadi Nek Mi (panggilan cucu-cucunya) selama 2 hari 1 malam di dalam rumah bot. Nek Mi yang sponsor menyewa rumah bot, kami yang lain-lain hanya keluar modal berkongsi menyediakan makanan mentah sahaja untuk dimasak di dalam rumah bot.
Rumah bot ini kami booking 3 minggu lebih awal. Oleh kerana ini adalah kali pertama kami semua bercuti di dalam rumah bot (saya kali ke 3) jadi Nek Mi menyewa rumah bot yang murah sahaja takut tak berbaloi, maklumlah ramai anak-anak kecil yang ikut serta jadi takut mereka menjadi puas atau jemu. rumah bot ini disewa dengan harga RM800.00 sahaja dan saya rasa antara rumah bot yang termurah tetapi kami semua sepakat mengatakan tidak berapa selesa dengan rumah bot ini kerana agak usang dan tingkat bawah rumah bot khas untuk tekong sahaja. Ditambah pula tekong dan pembantunya yang kurang mesra walaupun baik. Walaubagaimana pun, kami semua sangat puas hati dan teruja malah ada rancangan pula untuk becuti sekali lagi di rumah bot Tasik Kenyir.
Berkemas-kemas sebelum bertolak ke Tasik Kenyir
Selepas subuh, mereka semua berkumpul di rumah saya. Isteri saya bangun lebih awal untuk menyediakan lauk untuk makan tengahari kerana bimbang tak sempat nak masak di dalam rumah bot. Maklumlah ramai sangat. Pukul 8 pagi kami pun bertolak ke Tasik Kenyir yang jaraknya lebih kurang 45km dari rumah saya di Bukit Payong, Marang yang mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Jeti Empangan Jenagor. Ada 2 jeti berlepas di Tasik kenyir. i. Empangan Jenagor dan ii. Pengkalan Gawi.
Sampai di Empangan Jenagor, kami semua dikehendaki mendaftarkan diri di pos kawalan dengan memberikan IC untuk direkodkan oleh polis bantuan TNB. Kawasan ini adalah dilarang untuk mengambil gambar. Sementara menunggu nama kami direkodkan yang mengambil masa 20 minit, kami melihat-lihat pemandangan yang menakjubkan empangan Kenyir dari bawah. Saya sempat mengambil gambar menggunakan handphone. Sedang kami asyik melihat pemandangan di empangan tersebut, kami nampak seorang petugas TNB telah mencangkuk naik seekor ikan Patin seberat 3kg ke atas darat dari tebing sungai berhampiran empangan. Mungkin sudah menjadi rezeki kami, saya menawarkan untuk membeli ikan tersebut dan dia bersetuju untuk menjualnya dengan harga RM15.00. Menurut staff TNB tersebut, ikan itu cedera dan mabuk kerana jatuh dari empangan. Menurutnya lagi, memang banyak ikan yang jatuh dari empangan tersebut kalau air pasang.
Gambar dimana ikan itu di kait
(Perhatian: Klik semua gambar untuk 2X zoom)
Ikan Patin seberat 3 kg yang jatuh dari empangan
Dari pos kawalan kami semua menuju ke puncak bukit hingga ke tangga jeti dan memunggah turun semua barang dari kereta. Kemudian kereta tersebut (3 buah) dibawa turun semula ke pos kawalan untuk parkir di situ dengan bayaran RM5.00 sehari untuk sebuah. Kemudian ketiga-tiga pemandu dibawa naik semula ke tangga jeti oleh wakil tuan punya rumah bot.
Memunggah barang di tangga jeti
Sementara menunggu rumah bot tiba
Bertolak ke Air Terjun Lasir pukul 9.45 pagi
Dalam perjalanan menuju destinasi
Duduk di depan bot sambil menghirup udara segar
dan menikmati pemandangan yang indah ciptaan tuhan
sekali-sekala nak posing gok...
asyik ambil gambar orang je.. hehh
Beberapa buah bot menghampiri jeti Air Terjun Lasir.
Ada 7 buah bot semuanya.
Sampai di Air terjun Lasir pukul 11.15 pagi,
Lebih kurang 1 jam 30 min perjalanan dari jeti empangan