Memancing di Tasik Kenyir

Antara daya tarikan utama pengunjung datang ke Tasik Kenyir ialah aktiviti memancing. Pada setiap minggu ada saja kumpulan yang datang dari luar Terengganu termasuk Singapura datang memancing di sini. Biasanya kaki pancing ini datang berkumpulan di antara 10 hingga 15 orang untuk satu bot house. Tasik Kenyir dianggap 'syurga' kaki pancing kerana pelbagai spesies ikan sungai termasuk kelah, lampam, sebarau, baung dan tapah yang hidup bebas di tepian air terjun, jeram, lubuk dan sungai dalam tasik itu. Di Tasik Kenyir ini juga kerap diadakan pertandingan memancing. Bagi yang ingin mencari keseronokan dan cabaran, anda boleh berkunjung ke Kelah Santuari Sungai Petang, kira-kira 21km dari Pengkalan Gawi. Disini, pengunjung akan berpeluang mandi bersama ratusan ribu kelah. Lebih teruja lagi, anda dapat menangkap kelah ini dengan menggunakan tangan. Cabarannya, anda terpaksa merentas hutan kira-kira 45 minit untuk ke sana tetapi ia menjanjikan panorama yang sangat hebat.



Jeti tempat pengunjung menuju ke destinasi memancing atau bersiar-siar menaiki bot ka pulau-pulau yang berdekatan


Antara kaki pancing yang bersiap-siap ke destinasinya