PANTAI BATU BUROK

Pantai Batu Burok adalah salah satu destinasi utama pelancong. Pantainya yang bersih dan cantik serta angin yang sentiasa bertiup membuatkan anda lena dibuai mimpi. Pantai ini sangat sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga, bersantai, bermain layang-layang atau berjogging. Tidak sah jika anda melancong ke Kuala Terengganu jika tidak singgah ke sini. "...jom singgah Terengganu..."

 Kelihatan sayup di sebelah kiri ialah Pulau Kapas






 Disini terdapat banyak gerai makanan masakan panas dan sejuk. Makanan ringan seperti keropok goreng pun ada.


Pantai Batu Burok ini juga sangat teduh dari pagi hingga ke petang kerana cahaya matahari dilindungi oleh pokok-pokok rhu yang besar


Antara cenderahati yang popular dijual di sini ialah pelbagai bentuk layang-layang buatan sendiri.


Berkelah bersama keluarga sambil makan nasi ulam petai dan dihembus pula oleh angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi selera. Ummmmm!!!