Waterfront Kuala Terengganu

Balik Bukit Waterfront terletak berhampiran dengan Hotel Felda dan Hotel Seri Malaysia. Ia juga terletak di tepi sungai Terengganu. Dengan angin yang sentiasa bertiup menambahkan lagi syahdu di jiwa. Taman ini memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Anda juga boleh memancing di sini. Dari kejauhan anda juga boleh melihat jambatan Sultan Mahmud yang menghala ke Kota Baru dan juga Masjid Kristal.


Menara jam ialah mercu tanda Balik Bukit Waterfront


Restoran untuk menjamu selera


Kelihatan di hujung gambar ini ialah Hotel Felda


Saujana mata memandang. Kelihatan jambatan Sultan Mahmud dan sayup-sayup kelihatan Masjid Kristal


Terdapat juga taman mainan kanak-kanak di sini