Dataran Syahbandar memang sinonim dengan kebudayaan kerana di sinilah selalu berlangsungnya pertunjukan aktiviti kebudayaan dan pameran. Misalnya baru-baru ini diadakan Festival Gamelan Sedunia dan Mini MAHA. Dataran Shahbandar memang sesuai untuk berkelah bagi seisi keluarga. Uniknya pula, taman ini terletak di tepi sungai. Anda akan dapat melihat bot-bot nelayan yang melalui sungai ini. "jom singgah Terengganu..."
Indahnya senja di Kuala Terengganu
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Puisi di atas adalah sedikit catatan yang sempat dilukiskan mengenai keindahan muara Sungai Terengganu di waktu senja. Dan sememangnya senja di kuala sungai ini amat mengesankan terutama apabila melihat sinar matahari kemerah-merahan yang membiaskan cahaya ke dada langit yang terbuka. Selain muara yang menyimpan kisah suka duka penyair, petani dan nelayan miskin, arus sungai yang mengalir tenang juga seakan- akan mahu menyembunyikan tangis duka rakyat negeri ini mempertahankan maruah bangsa dan walau di bumi sendiri, perjuangan dirintis mereka tidak sia-sia.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm
Pintu gerbang lalauan pejalan kakai.
T'Shoppe yang menjual pelbagai jenis makan runcit kering dan basah
Tandas ekslusif. RM1.00 sekali masuk. Tandas ini bersih serta rekabentuk dan hiasan dalamannya seperti tandas di hotel.
Laluan pejalan kaki
Dataran Syahbandar. Bawak tikar atau alas dan anda boleh relaks di sini
Tebing tempat memancing di Dataran Syahbandar
Ini adalah Pulau Duyong, tempat yang selalu berlangsungnya Monsun Cup setiap tahun yang boleh dilihat dari Dataran Shahbandar. Kelihatan di kejauhan ialah Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa