BAS PELANCUNGAN BANDAR KUALA TERENGGANU LALUAN C-02

Satu lagi laluan bas bandar ialah C-02 iaitu dari Syahbandar ke Cendering dan balik. Tambang sehala ialah RM1.00. Banyak tempat-tempat menarik di laluan bas ini kerana bas ini adalah khusus untuk anda melihat sekitar Kuala Terengganu. Gambar yang saya ambil ini adalah turutan di sepanjang laluan dari dalam bas bandar yang sedang bergerak ini. Jadi jika anda mengunjungi Kuala Terengganu, jangan lupa naik bas ini. Bas ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan pergi dan balik. 




 Rekabentuk dan hiasan dalaman bas bandar. Kelihatan 2 orang pelancung wanita dari Jepun. Bas baru bergerak dari permulaan destinasinya.


 Bas ini akan bergerak di dalam bandar KT sebelum menuju ke pinggir bandar. Hotel ini terletak di Jalan Tok Lam.


 Pelancung tempatan dan orang awam juga tidak melepaskan peluang menaiki bas ini.


 Juga kelihatan pelancung dari barat


 Hospital Sultanah Nur Zaharah.


 Taman Awam Batu Burok - Taman rekreasi


 Lagun Kuala Ibai


 Bas berpatah balik balik di Masjid Tengku Tengah Zaharah


Pemandangan Sungai Ibai ketika air surut.


Kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu. Seri Iman


Kraftangan Malaysia


Bulatan Ladang atau bulatan Batu Bersuarat. Dulu dikenali dengan nama bulatan Penyu.


Noor Arfa Batik yang kelihatan dari atas jambatan Kuala Ibai


 Ibu Pejabat Balai Polis Kuala Terengganu


 Stesen Bas Ekpres Kuala Terengganu


 Pasar Payang


Masjid Putih