Satu lagi destinasi yang sangat popular kepada pengunjung-pengunjung tempatan pada hujung minggu di Besut ini ialah Pantai Bukit Kluang. Pantainya yang cantik, bersih dan luas serta suasananya yang menarik menjadikan pantai ini menjadi tumpuan pengunjung. Selain dari pantai terdapat kemudahan lain iaitu taman mainan kanak-kanak, gerai makan, tandas awam dan lain-lain. Jika anda ke Besut jangan lupa singgah ke sini.