Satu lagi tempat beriadah terutamanya di hujung minggu ialah kolam renang awam berbayar TER. Ada 3 buah kolam di sini. Kolam untuk kanak-kanak, kolam untuk peringkat dewasa dan kolam untuk terjunan air dalam. Kolamnya luas dan dapat menampung ramai perenang. Di kawasan tepi kolam juga agak luas memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Anda dinasihatkan agar membawa tikar dan payung sendiri kerana tempat duduk bangku dan tempat teduhan adalah sangat terhad. Jadi, jka anda datang ke Terengganu bersama keluarga, bawalah mereka ke sini. Jika anda menginap di hotel TER ini, anda boleh menggunakannya secara percuma. Selamat berenang.