Kraftangan Songket

Songket diusahakan sejak berzaman di Pantai Timur dan di Terengganu merupakan negeri bermulanya pusat tenunan di Semenanjung. Songket menjadi pakaian golongan istana, orang-orang besar dan kenamaan. Hari ini songket sudah menular lebih jauh lagi. Dipelbagaikan dalam bentuk penghias dinding (seni khat), pakaian pengantin dan patung, cenderamata, tas tangan, lapik pinggan, sarung kusyen, cadar, album dan lain-lain.

maklumat seterusnya...