Pantai Kelulut

Pantai Kelulut terletak di jalan utama Dungun-Kuala Terengganu dan lebih kurang 24km dari Kuala Terengganu. Pantai ini juga terletak di daerah Marang dan ia juga adalah salah satu pantai yang menjadi tumpuan penduduk setempat pada hujung minggu. Antara aktiviti yang selalu dilakukan di sini pada hujung minggu ialah memancing dan mandi-manda (jika air surut). Di pantai ini juga kerap diadakan pertandingan memancing. Di sini juga terdapat banyak gerai makanan. Jadi jika anda dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah sebentar untuk menikmati panorama indah di pantai ini. Dari sini juga anda dapat melihat Pulau Kapas di kejauhan. "...jom singgah Terengganu..."


Kelihatan di atas ialah deretan gerai makan yang terletak di tepi jalan utama Dungun - K. Terengganu


Kelihatan sayup dikejauhan ialah Pulau Kapas



Mandi-manda di pantai Kelulut jika air surut dan ombak kecil


Berihat sambil memancing di pantai Kelulut sungguh mengasyikan