Satu lagi destinasi yang sangat popular bagi pengunjung tempatan untuk berekreasi bersama keluarga ialah pantai Teluk Ketapang. Jauhnya lebih kurang 15 kilometer dari bandar K. Terengganu dan berhampiran dengan lapangan terbang Sultan Mahmud. Pantainya yang bersih, luas dan cantik memukau mata memandang. Pantai ini bukan saja menjadi tempat berkelah seisi keluarga malah ia juga adalah tempat kaki pancing. Biasanya pantai ini ramai pengunjung ialah pada waktu petang dan lebih ramai lagi pada waktu hujung minggu. Jadi, jika anda kebetulan berada di K. Terengganu, jangan lupa singgah di sini. Di sini juga ada chalet untuk disewa. "...jom singgah Terengganu..."
* Pantai ini nampak lengang kerana gambar ini di ambil pada waktu tengahari.