TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI): Selain dari Masjid Kristal yang terdapat di dalam kawasan TTI ini, terdapat juga beberapa kemudahan lain seperti rumah tamu, tasik rekreasi, train dan river cruise. Rumah tetamu misalnya untuk pelancong-pelancong atau peserta-peserta yang menghadiri konvensyen di bangunan Pusat Konvensyen di TTI ini. Begitu juga dengan river cruise untuk melihat pemandangan di sekitar sungai Terengganu dan melihat replika 21 buah masjid di seluruh dunia yang terletak di tepi sungai. Dan jika anda tidak larat nak jalan kaki melihat TTI ini, anda juga boleh menaiki train. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki bas bandar dari Taman Syahbandar atau dari Mydin Mall. Selamat menjamu mata. "...jom singgah Terengganu..."
Satu lagi kemudahan yang boleh didapati di sini ialah rumah tamu. Sila lihat banner yang saya rakam di atas. Klik gambar untuk ZOOM!
Anda juga boleh mengelilingi TTI dengan menaiki train kerana kawasan ini agak luas untuk berjalan kaki.