Keunikan Pantai Kuala Abang kerana hamparan batu-batu yang indah, liuk lintuk pepohon kelapa seolah-olah menggamit pengunjung untuk berhenti buat seketika untuk menikmati keindahan pantai yang belum terusik ini. Terletak bersebelahan dengan destinasi pelancongan utama Rantau Abang, di tengah-tengah laluan antara Kuala Terengganu - Kuantan, yang hanya mengambil masa selama 1o minit perjalanan dari Rantau Abang. Hamparan permaidani pasir yang memutih, menarik pemandu yang melalui jalan utama ini berhenti untuk melepaskan lelah sambil menghayati deburan ombak yang memecah pantai.