Hotel, Resort dan Chalet

Ada terdapat banyak tempat penginapan di Kuala Terengganu baik yang bertaraf 5 bintang mahu pun yang budget hotel. Anda juga boleh memilih hotel yang di dalam bandar atau hotel yang di tepi laut. Walaubagaimana pun anda dinasihatkan agar membuat tempahan lebih awal di musim-musim cuti sekolah dan cuti am kerana biasanya kesemua hotel ini penuh. Di Kuala Terengganu juga terdapat banyak homestay yang menawarkan harga yang berpatutan. Selamat bercuti.