Kraftangan Tembaga

Terengganu memang terkenal dengan kraftangannya yang asli dan berkualiti tinggi. Antara kraftangan yang sangat terkenal ialah batik dan tembaga. Kebanyakan pelancong dari dalam dan luar negara pasti akan tertarik dengan keaslian kraftangan yang terdapat di Terengganu. Batik sutera, tudung batik dan juga barangan tembaga seperti dulang, bekas tepak sireh dan sebagainya sudah tentu akan menjadi pilihan pengunjung untuk di jadikan kenangan atau cenderahati yang boleh di bawa pulang. Kalau anda ingin melihat sendiri cara pembuatan tembaga, anda boleh berkunjung ke Kampung Ladang dan jika anda ingin mencari pengalaman bertenun songket dan mencanting batik anda boleh berkunjung ke Komplek Arfa Batik dan Pusat Kraftangan Terengganu di Cendering. Jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu, jangan lupa berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang kerana ia menjanjikan kepelbagaian barangan untuk di bawa balik..

maklumat seterusnya...