MEDAN SELERA DATARAN SYAHBANDAR KUALA TERENGGANU

Medan Selera Dataran Syahbandar ini terletak di tepi sungai menghala ke kuala sungai di hujung sekali. Banyak terdapat gerai di sini. Makanan yang berat mahu pun yang ringan pun ada. Yang sejuk mahu pun yang panas ada. Nak order keropok goreng saja pun boleh atau nak makan kerang rebus pun boleh. Pendek kata semuanya ada. Memang relaks makan kat sini kerana panoramanya dan angin bayunya yang sentiasa bertiup lembut. Selamat menjamu selera...