Pasar Payang

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu. Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shahbandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.


rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_Payang





Pasar basah yang menjual barangan keperluan dapur seperti ikan, sayur, buah-buahan dan sebagainya.


Barang-barang logam seperti barang-barang untuk majlis perkahwinan juga terdapat di sini di bahagian tingkat atas


Pakaian terdiri dari baju wanita dan kanak-kanak banyak di jual di sini dibahagian tingkat atas.


Antara pembeli yang datang ke sini ialah pelancong asing. Kelihatan mereka sedang tawar menawar membeli durian. Amat jarang sekali kita dapat melihat mat salleh membeli buah durian