Puteri Rantau Abang Pulang

Penyu belimbing Puteri Rantau Abang bantu kajian

DUNGUN 12 Ogos - Puteri Rantau Abang, penyu belimbing yang dilepaskan ke laut 32 tahun lalu di bawah program penetasan bagi tujuan pemuliharaan, dikesan kembali buat pertama kalinya ke pantai di sini untuk bertelur baru-baru ini. Kemunculannya memberi harapan baru terhadap masa depan spesies itu yang dikatakan gelap sekali gus membantu menyambung kajian mengenai migrasi yang pernah dilakukan 20 tahun lalu. Petang semalam, di pantai yang sama, ia dilepaskan semula ke laut selepas dipasang peralatan peranti satelit dengan teknologi terkini.