Pantai Kemasik terletak kira-kira 10km dari pekan Kijal. Sekiranya anda memandu dari Kemaman, anda akan melalui pekan Kijal dan seterusnya melalui Pantai Kemasik. Ada papan tanda yang menunjukkan jalan masuk ke Pantai Kemasik walaupun anda boleh menyaksikan pantai ini dari jalan utama. Pantai yang indah dengan pasir yang keemasan, air yang jernih kebiruan membuatkan hati terpaut untuk singgah di sini. Tiada lumpur mendak yang terdapat di pantai ini membuatkan ianya bersih dan indah.
Mercu tanda Pantai Kemasik di laluan utama menyenangkan para pengunjung mencari destinasi untuk persinggahan
Panorama yang indah tidak terucap dengan kata-kata membuai perasaan pengunjung menghayati pemandangannya
Pondok-pondok rehat juga di sediakan di tambah dengan tempat pejalan kaki untuk menyusuri tepian pantai
Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai ini