Papan tanda yang menunjukkan jarak Pantai teluk Bidara dari jambatan Kuala Dungun
Pantai Teluk Bidara
Lokasi Pantai Teluk Bidara ini ialah 10km dari bandar Dungun dan 4km dari jambatan Kuala Dungun. Lokjasinya di tengah-tengah antara Kuala Abang dan Dungun. Meskipun pantai ini kurang popular kepada pelancong tetapi tetap menjadi tarikan kepada penduduk tempatan. Pantainya yang tidak kurang menarik dari pantai-pantai lain, menyediakan kemudahan-kemudahan asas kepada pengunjung untuk datang berkelah dan bersantai bersama keluarga.
Di atas bukit ini terdapat rumah api yang menjadi panduan kepada nelayan-nelayan dan kapal yang melalui pantai ini
Berjalan mengfhirup udara segar dan bersantai adalah aktiviti yang bolah di lakukan di Pantai Teluk Bidara

Pemandangan laut dari atas bukit seolah-olah lukisan kanvas yang di corakkan oleh pelukis pada lukisannya
Kemudahan-kemudahan asas yang di sediakan di atas bukit ini seperti taman permainan dan tandas menjadi tarikan kepada pengunjung