Satu perjumpaan yang dinamakan Program Bicara YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Media telah diadakan di Primula Beach Resort, Batu Burok pada 5 mach yang lalu. Seramai lebih kurang 250 penggiat media baru seperti Bloggers, Tweeters dan Facebookers telah dijemput untuk menjayakan program ini. Selepas dimulakan dengan bacaan doa selamat kira-kira jam 8.30 malam, para jemputan telah dijamu dengan makan malam dan kemudiannya disajikan dengan slide show tentang pembangunan Negeri Terengganu. Menteri besar juga telah memberi ucapan selama kira-kira 45 minit dan beliau mengingatkan para penggiat media terutamanya penggiat media baru supaya berlaku jujur di dalam penulisan mereka dan melaporkan berita-berita yang benar dan mengikut fakta sahaja. Sebelum majlis berakhir, satu dialog terbuka telah diadakan di antara YAB MB dengan para jemputan yang dinamakan Tanya Apa Saja. Ramai jemputan telah mengajukan soalan yang dijawab oleh YAB MB sendiri. Majlis bersurai kira-kira jam 11.00 malam.
YAB MB sedang memberi ucapan
Antara rakan blogger yang hadir
Antara tetamu yang hadir di majlis ini
Antara rakan bloggers dari
Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu yang hadir
Bergambar bersama YAB MB Dato' Hj Ahmad bin Said