BERMALAM DI IBAI RIVER INN, CHENDERING

Pada hari Selasa 4/6/2013 yang lalu, kami sekeluarga bermalam di Ibai River Inn di tepi sungai Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Rancangan awal kami ingin ke Kuala Lumpur melawat sedara mara sambil makan angin, tapi pada saat akhir kami batalkan saja niat tersebut atas alasan tertentu. Tapi saya tak sampai hati tengok anak perempuan saya yang hilang mood sebab cuti tak pergi mana-mana maka saya pun buat keputusan bercuti di area Terengganu saja. Saya cadangkan kami bermalam di Ibai River Inn sebab ia terletak betul-betul di tepi sungai jadi kami ada aktivi memancing sambil bersantai. Setelah bermuzakarah dan bersetuju, anak saya Faris pun membuat tempahan 2 hari sebelum itu. Bilik yang kami booking ialah Family Room berharga RM140.00.  Ini adalah kali pertama kami bermalam di Ibai River Inn yang terletak bersebelahan dengan Noor Arfa Batik yang terkenal di Terengganu. Seperti biasa kalau kami bercuti di area Terengganu kami akan membawa masakan tengahari dari rumah sebab makan makanan sendiri tapi makan di luar memang santai dan menyeronokkan.


Peta lokasi Ibai River Inn




 Tangga untuk turun ke air. Banyak anak-anak ikan di tepi tebing ni.


 Bersantai di atas pelantar sambail ditiup bayu laut memang menyamankan. Di belakang tu kolam mandi muat untuk satu family dan juga kolam khas untuk anak-anak kecil yang berpagar untuk keselamatan.


 Faris sedang melayan jorannya. Terpaksa beli kekili baru nak ngail punya pasal sebab kekili lama rosak.




 Pelantar memancing ni memang teduh sebab ada pokok bakau yang dibiarkan tumbuh di tengah-tengahnya.




 Antara ikan yang dapat kami naikkan ialah ikan duri. Ya.. semuanya ikan duri lebih lima ekor sebab air surut tahap maksima masa tu. Kami menggunakan umpan ikan selayang dan sotong dan juga umpan paling mahal iaitu udang beras. Sangat mahal RM15.00 untuk 24 ekor (0.63 sen seekor). Kalau dekat Petronas jambatan Marang RM1 untuk 7 ekor (0.15 sen seekor). Tapi nak ngail punya pasal beli jelah. Umpan udang beras bagus untuk naikkan ikan kakap tapi nasib malang sebab air terlalu surut.


 Memancing di waktu malam. Kelihatan jambatan Kuala Ibai dan restoran seafood di bawahnya. Saya dan Faris memancing hingga pukul 2 pagi sebab kebetulan ada saing yang memancing sama dan kami seronok berbual walaupun baru kenal. Akhirnya lebih sembang dari memancing sebab frust air lambat pasang.


Hari kedua memancing: Beratnya... beratnya... boleh ikan ni... Kata isteri saya yang juga meminati hobi memanncing sejak kami baru kahwin lagi sebelum dapat menaikkan hasilnya. Nasib malang pulak bila air mula pasang, umpan udang semua dah mati sebab bateri untuk pump udara habis. Malam tu lupa nak beli yang baru walupun sudah diingatkan. Memang takdok rezki goh...


Inilah hasilnya.. Ketam dengan anaknya tersangkut kat mata kail.


 Inilah bilik penginapan kami Family Room yang luas dan selesa. Ada 2 double bed. Saya rasa muat untuk 7 orang dewasa tapi kami berlima beranak saja.


Packing sebab dah nak check out.


 Standard room yang mempunyai satu single bed dan satu double bed.


Antara kemudahan lain yang disediakan di sini ialah tempat makan ala cafeteria. Ada juga air panas dan air sejuk untuk minuman.Cuma tiada air paip untuk basuh tangan kalau ada lagi baik.
Di chalet ini juga ada WIFI tapi hari tu tak boleh nak guna WIFI sebab line agak berat. Secara keseluruhannya kami berpuas hati bermalam di sini walaupun kelas budget tapi agak selesa. Antara kemudahan lain ialah chalet ini terletak di kawasan pinggir yang sibuk dan berhampiran dengan tempat makan dan kedai runcit. Untuk keterangan lebih lanjut hubungi 019-983 9898 bercakap dengan ownernya sendiri yang suami dan isterinya sangat ramah atau lawati https://www.facebook.com/pages/Ibai-River-Inn