Satu lagi pantai yang popular dan menjadi tumpuan penduduk sekitar Kuala Terengganu untuk mandi-manda dan beriadah di hujung minggu ialah Pantai Pandak berhampiran Taman Rekreasi Cendering. Pantai ini memang cantik, bersih dan luas serta teduh kerana ada banyak pokok besar yang melindungi cahaya matahari hinggu ke laut, memang sesuai untuk berkelah dan berehat di hujung minggu. Pantai ini juga landai dan ombaknya tidak berapa kuat jika bukan musim tengkujuh. Jika anda memilih untuk mandi pantai di Kuala Terengganu, datanglah ke sini. "...jom singgah terengganu..."