Pantai Pandak - 2

Pantai Pandak (kadang-kadang orang panggil pantai Cendering) ini juga adalah tempat tumpuan pengunjung-pengunjung tempatan dan luar kerana alam persekitarannya yang unik dipenuhi batu-batu. Pantai ini memang cantik tetapi ia tidak berapa sesuai untuk mandi-manda ketika air pasang kerana keadaan ombaknya yang tidak menentu. Cuma anda dinasihatkan agar tidak mandi terlalu jauh dari pantai. Satu perkara lagi di sini tiada pokok teduhan. Anda dinasihatkan membawa payung sendiri. Namun begitu ia memang sesuai untuk memancing terutama dengan menggunakan gewang. Di sini memang banyak ikan. Cuma kena tengok air pasang surut. Selamat memancing...