Satu lagi tempat yang pelancong-pelancong tidak akan lepaskan peluang jika berkunjung ke Kuala Terengganu ialah Losong iaitu tempat menjual keropok. Memang tidak dinafikan keropok Losong ini memang sedap kerana keasliannya rasanya, maksudnya banyak ikan dari tepong. Saya sendiri pun jika kebetulan lalu di sini pasti akan singgah membeli keropok lekor (melengkar-lengkar-lekor) atau keropok gete (gentel) yang baru direbus dan dimakan panas-panas dicecah colek (sos). Jadi, jangan lupa singgah di sini membeli keropok keping atau keropok lekor untuk dibawa pulang sebagai cenderhati. "...jom singgah Terengganu..."