Latar Belakang
Pada awalnya, ia dikenali sebagai Pusat Kemahiran Pertukangan MARA (PKPT MARA) yang ditubuhkan pada tahun 1973 di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Pada tahun 1976, PKPT MARA telah ditukar kepada Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada 01 Januari 1983, lokasi jabatan telah berpindah ke pejabat baru iaitu di rumah kedai Chendering namun lokasi jabatan sekali ini lagi berpindah ke pejabat baru iaitu di Rusila, Marang pada 01 November 1985. Pada 02 Oktober 1990, Unit Pentadbiran & Kewangan PKKM Cawangan Terengganu telah berpindah ke kompleks milik PKKM sendiri iaitu di Kawasan Perindustrian Chendering.
Kompleks ini mula dibina tahun 1989 di atas tanah seluas 4 ekar menggunakan peruntukan RMK Ke-5 sebanyak RM 2.42 juta. Pada tahun 1996, PKKM telah mengorak dasar baru dengan melaksanakan dasar penswastaan melalui penubuhan Strategic Business Unit (SBU) bagi penumpuan kepada keluaran dan pasaran produk kraf. Pada tahun 2000, peranan asal PKKM digerakkan semula dengan nama diubah kepada Pusat Pembangunan Kraf (PPK). Pada 18 April 2005, PKKM Caw. Terengganu diiktiraf sebagai Pusat Inovasi Kraf Tenunan Malaysia.
maklumat seterusnya