Bandar Kemaman

Bandar Kemaman adalah bandar yang paling hujung ke selatan Negeri Terengganu. Pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan masuk ke jalan Kuantan - Kuala Terengganu sebelum menuju ke bandar Kemaman. Bandar Kemaman telah berubah wajah menjadi bandar kedua terbesar di Terengganu selepas penemuan petroleum di Kertih, Kemaman pada tahun 1970an dan ia berkembang pesat hingga kini. Banyak gedung-gedung perniagaan yang tumbuh menjadi tonggaK ekonomi penduduk Kemaman.


Pembangunan pesat yang berlaku di Kemaman pada hari ini, mengukuhkan lagi ekonomi
serta menjana pendapatan penduduk tempatan

Taman rekreasi yang berada di tengah bandar Kemaman mampu meredupkan suasana yamg sentiasa sibuk dengan berbagai kenderaan

Tengkolok yang menjadi mercu tanda Kemaman ini terletak di tengah bandar Kemaman, laluan menuju ke Kuantan