Pantai Teluk Mak Nik

Pantai Teluk Mak Nik adalah pantai yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan kerana kecantikannya dan pernah menjadi tempat permainan bola tampar pantai sukan SUKMA. Ia juga menjadi kawasan pendaratan penyu walaupun tidak sepopular Rantau Abang. Pantai yang terletak kira-kira 5km dari bandar Kemaman menjadi tumpuan utama penduduk tempatan untuk berkelah dan beriadah bersama keluarga terutama pada cuti hujung minggu.

Peta arah tuju ke Pantai Mak Nik











Kawasan ini telah di wartakan sebagai kawasan pendaratan penyu.
Kalau anda beruntung, anda akan dapat menyaksikan penyu bertelur di kawasan ini.




Majlis Perbandaran Kemaman telah membina kemudahan asas
bagi menarik pengunjung untuk datang ke sini