Pantai Teluk Marina

Pantai teluk Marina yang terletak 15km dari bandar Cukai, mengambil masa 20 minit untuk sampai kesana. Keunukan pantai ini kerana mempunyai tinggalan mistik yang kekal hingga kini. Telaga Simpul yang terletak bersebelahan dengan Pantai Marina di percayai menjadi tempat persinggahan badi pelayar dan pedagang untuk berhenti rehat dan mengisi bekalan air. Telaga ini asalnya terbentuk kerana aliran matair yang mengalir dari atas Bukit Pejabad dan bertakung di kaki bukit tersebut yang membentuk sebuah kolam dan di panggil telaga. Airnya tidak pernah kering, sejuk ,jernih dan tawar walaupun berada berhampiran dengan laut.Catatan awal menceritakan bahawa telaga ini di percayai telah di buka oleh Abdullah Munsyi semasa pelayarannya ke Pantai Timur. Abdullah Munsyi talah berhenti untuk mandi-manda bersama awak-awaknya. Setelah selesai mandi Abdullah Munsyi telah menyuruh awak-awaknya menyimpul daun pandan yang tumbuh di situ untuk mengelakkan benmcana. Ini menjadi pantang larang penduduk tempatan sejak dulu lagi.


Kalau dulu telaga ini berdindingkan tanah tapi sekarang telah di ikat dengan batu bata untuk memudahkan pengunjung melihatnya.

Kalau ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai sejarah Telaga Simpul, anda boeh membacanya di batu yang di sediakan di situ.

Untuk keselesaan dan kemudahan para pengunjung yang mengunjungi pantai ini, di sediakan juga taman permainan kanak-kanak dan gerai-gerai makan untuk menjamu selera



Pemandangan indah di Pantai Marina sesuai untuk berkelah bersama keluarga, beriadah bersama rakan-rakan dan kalau ingin mencuba nasib memancing pun, boelh.

Panorama indah ini boleh anda saksikan pada waktu petang ketika matahari melabohkan tirainya