Zoo 1 - Panduan

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman mempunyai kawasan seluas 35 ekar dan menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kerana ia satu-satunya zoo yang terletak di zon Pantai Timur. Lokasi taman ini terletak di Kampung Ibok, kira-kira 14km dari bandar Cukai. Boleh di hubungi melalui jalan darat iaitu Jalan Mak Chili - Ibok dan Jalan Kerteh - Ibok manakala jalan air melalui sungai Yak Yah. Dengan adanya Mini Zoo ini selain menjadi tempat riadah, ia juga menjadi sumber rujukan tentang berbagai spesis binatang dan tumbuhan kepada para pengunjung. Taman Rekreasi dan Mini Zoo ini terdiri daripada taman herba semulajadi, taman orkid, taman tema air dan berbagai taman lagi. Ia juga menempatkan berpuluh spesis haiwan yang terdiri daripada harimau, beruang, pelbagai jenis burung dan haiwan-haiwan lain lagi.

Bagi yang memandu Jalan Mak Chili - Ibok merupakan laluan utama untuk sampai ke taman rekreasi ini


Pintu gerbang di hadapan Mini Zoo menjadi tarikan utama bagi seiapa sahaja yang melalui kawasan ini

Kaunter tiket yang sentiasa di buka di hadapan pintu utama menanti kedatangan pengunjung melawat taman rekreasi ini seawal pukul 10 pagi dan tutup pada 4.30 petang



Kenderaan atau trem yang setia menunggu untuk membawa pengunjung mengelilingi taman rekreasi ini

Taman Bonsai memperlihatkan pokok-pokok yang di bentuk dengan berbagai-bagai bentuk menjadi tarikan kepada para pengunjung

Dah letih berjalan, bolehlah berehat seketika di wakaf ini sementara menunggu trem datang sambil mendengar kicauan burung yang berada di sebelah tempat menunggu ini