Pantai Rhu Sepuluh dan Pantai Penarik adalah sebuah kampung nelayan yang terletak di daerah Setiu kira-kira 90km di sebelah utara Kuala Terengganu. Pantai ini cukup popular di kalangan penduduk Terengganu kerana kedudukannya di tepi jalan di sepanjang pantai jalan utama untuk Kelantan dan Terengganu dari Kelantan. Pantai Penarik juga terkenal dengan bekalan tangkapan laut segar yang dijual di pasar di tepi pantai Penarik.
Hanya 400 meter dari Kampung Penarik, anda akan menemui Pantai Rhu Sepuluh yang juga terkenal di kalangan penduduk Terengganu sepertimana Pantai Penarik.
Memandu di sepanjang jalan Penarik ini adalah mengasyikkan kerana di sepanjang jalan banyak terdapat deretan pohon kelapa yang meneduhkan jalan dan juga kelihatan rumah-rumah desa orang Melayu di sana-sini di sepanjang jalan. Pantai Penarik dan Pantai Rhu sepuluh ini juga dijadikan tempat rehat pemandu-pemandu untuk berihat sebelum meneruskan perjalan ke destinasi mereka.
Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian
Jeti Kuala Besut adalah tempat yang paling sibuk di Pekan ini. Ramai pelancong bertumpu di sini sambil menjamu selera di gerai dan kedai makan berdekatan sebelum menuju ke destinasi.
MERCU TANDA BUKIT BESAR
Satu lagi mercu tanda bandaraya K. Terengganu ialah Bukit Besar. Anda boleh melihatnya di kebanyakan tempat jika berada di bandar ini. Paling jelas ialah jika anda berada di atas jambatan Sultan Mahmud menuju ke bandar. Di atas bukit ini ada di pasang lampu yang bertulis "Allah Peliharakanlah Terengganu". Jika di waktu malam lampu tulisan ini akan menyala berwarna merah terpampang di puncak bukit ini. Sungguh indah sekali. Di kaki bukit ini biasanya ramai orang datang untuk berjogging di waktu petang dan di hujung minggu dengan berlari ke ke muncaknya.
Taman Orkid Sekayu
Satu lagi antara daya tarikan air terjun Sekayu ialah Taman Orkid. Taman ini terletak berdekatan dengan Taman Herba Hutan dan tidak jauh dari pintu masuk air terjun Sekayu. Pelbagai jenis orkid terdapat di sini. Jika anda peminat orkid, jangan lepaskan peluang berkunjung ke taman ini.

Orkid-orkid yang ada di sini adalah dari pelbagai spesis yang jarang di temui begitu menarik perhatian pengunjung khususunya bagi pengunjung wanita

Taman Herba Sekayu
Selain datang ke air terjun Sekayu ini untuk berkelah, anda juga dapat melihat Taman Herba Hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok herba pelbagai jenis. Berkunjung ke sini memberi anda pengetahuan tentang pokok-pokok hutan yang boleh di jadikan ubat. Pokok-pokok herba ini ada yang telah di komesialkan untuk di jadikan ubatan-ubatan tradisional Jika anda peminat pokok herba, tidak rugi jika anda datang ke sini. Tetapi saya tidak pasti pokok herba ini untuk di jual atau tidak. Berada di Taman Herba ini juga agak mendamaikan kerana susunan pokok-pokok herba serta hiasan tamannya yang menarik untuk pandangan mata.

Chalet di air terjun Sekayu
Di air terjun Sekayu juga ada disediakan chalet untuk pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam di sini. Ada sebanyak 25 buah chalet semuanya. Selain chalet, tapak perkhemahan juga disediakan. Harga chalet saya tak berapa pasti tapi lingkungan RM 50.00 agaknya dan kawasan perkhemhan RM 2.00 satu khemah.

Air Terjun Sekayu
HUTAN LIPUR SEKAYU / AIR TERJUN SEKAYU
Hutan lipur sekayu atau lebih dikenali juga dengan air terjun sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan hulu terengganu tambahan. Ianya berada di dalam daerah hulu terengganu, 16 kilometer dari pekan kuala berang dan 56 kilometer dari bandar kuala terengganu. Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesis tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi.
Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah apabila mereka datang berkunjung ke sini.
http://mdht.terengganu.gov.my/web/guest/hutanlipursekayu
Pintu gerbang masuk ke Air Terjun Sekayu dan ke Taman Pertanian. Bayaran masuk ialah RM1.00 untuk sebuah kereta. Motosikal adalah percuma
Antara gerai menjual makanan yang terdapat di dalam kawasan Air Terjun Sekayu (di bahagian luar air terjun)
Jalan tar ke Air Terjun Sekayu. Anda boleh menggunakan troli untuk membawa barang-barang anda. Jika anda menyewa chalet di sini anda boleh membawa masuk kereta terus ke chalet anda.

Hutan lipur sekayu atau lebih dikenali juga dengan air terjun sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan hulu terengganu tambahan. Ianya berada di dalam daerah hulu terengganu, 16 kilometer dari pekan kuala berang dan 56 kilometer dari bandar kuala terengganu. Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesis tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi.
Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah apabila mereka datang berkunjung ke sini.
http://mdht.terengganu.gov.my/web/guest/hutanlipursekayu
Mandi di Kolam Tema Taman Pertanian Sekayu
Selain makan angin melihat pokok-pokok bunga dan keindahan panorama, anda juga boleh mandi-manda di kolam tema di sini. Ia amat sesuai untuk berkunjung bersama keluarga terutamanya kanak-kanak. Jadi jangan lepaskan peluang anda berkunjung dan berkelah ke sini jika kebetulan datang ke Terengganu.
Taman Pertanian Sekayu
Taman Pertanian Sekayu terletak berhampiran dengan air terjun Sekayu. Taman pertanian ini amat luas dan anda boleh memandu untuk melawat di dalam taman ini. Ia amat sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Pelbagai aktiviti selalu diadakan di sini seperti menyambut hari sekeluarga, mandi-manda, perkhemahan dan lain-lain lagi. Setiap minggu taman ini sentiasa dikunjungi dengan ratusan pengunjung.
Keratan Akhbar:
Hulu Terengganu – Sejak dibangunkan kira-kira 25 tahun lalu oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Taman Pertanian Sekayu (TPS) di Hulu Terengganu menjadi taman agro tumpuan penduduk Terengganu dan pelancong luar. Dengan keluasan kira-kira 85 hektar, pengunjung disajikan dengan pelbagai spesis bunga di taman bunga, kolam mandi, taman burung, tasik buatan untuk memancing dan berkayak, taman perikanan dan taman herba. Selain dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak di kaki bukit, terdapat juga beberapa kawasan yang sesuai dijadikan tempat berkelah atau berkhemah berhampiran anak sungai. Berhampiran taman perikanan, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan seperti rusa dan arnab. (Sumber : Harian Metro)

Langgan:
Ulasan (Atom)