Pantai Rhu Sepuluh dan Pantai Penarik adalah sebuah kampung nelayan yang terletak di daerah Setiu kira-kira 90km di sebelah utara Kuala Terengganu. Pantai ini cukup popular di kalangan penduduk Terengganu kerana kedudukannya di tepi jalan di sepanjang pantai jalan utama untuk Kelantan dan Terengganu dari Kelantan. Pantai Penarik juga terkenal dengan bekalan tangkapan laut segar yang dijual di pasar di tepi pantai Penarik.
Hanya 400 meter dari Kampung Penarik, anda akan menemui Pantai Rhu Sepuluh yang juga terkenal di kalangan penduduk Terengganu sepertimana Pantai Penarik.
Memandu di sepanjang jalan Penarik ini adalah mengasyikkan kerana di sepanjang jalan banyak terdapat deretan pohon kelapa yang meneduhkan jalan dan juga kelihatan rumah-rumah desa orang Melayu di sana-sini di sepanjang jalan. Pantai Penarik dan Pantai Rhu sepuluh ini juga dijadikan tempat rehat pemandu-pemandu untuk berihat sebelum meneruskan perjalan ke destinasi mereka.