Pantai Teluk Gadung juga terletak tidak jauh dari bandar Dungun dan berada betul-betul berhadapan dengan UiTM Dungun. Ini menjadikan Pantai Teluk Gadung tempat rekreasi dan riadah bagi penuntut-penuntut UiTM dan keluarga mereka yang berkunjung dari dalam dan luar Terengganu. Pantainya yang bersebelahan dengan Pantai Teluk Lipat menjanjikan keindahan dan menjadi lokasi memancing bagi yang meminati aktiviti memancing.
Batu tanda yang menandakan anda berada di Pantai Teluk Gadung
Airnya yang tenang, suasana yang damai menjadikan Pantai Teluk Gadung sesuai untuk pelajar berdiskusi bersama rakan-rakan